MELONJAK AKTIVISME PENGISLAHAN

Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih Maha Penyayang,

Segala puji dan syukur ke hadrat Allah swt, dengan kurnia dan izin-Nya, dipertemukan kita semua dari dekat dan jauh di dalam Perhimpunan KARISMA Nasional ke 3 ini. Insya-Allah, dalam suasana ketenangan dan kehangatan ukhuwwah, marilah bersama kita kukuhkan jalinan tautan hati-hati yang hadir, marilah bersama kita hayati budaya kerja berorganisasi, marilah bersama kita perkemaskan lagi saf gerakan, dan marilah bersama kita mengikhlaskan diri dalam usaha mendokong perjuangan menegakkan Ar-Risalah.

Saudara saudari perwakilan dan pemerhati yang dihormati,

Dalam Ucapan Dasar sulung saya bertajuk “Mengukuh Idealisma Perjuangan” sewaktu PKN ke 2 pada Februari tahun lalu, telah disentuh, antaranya, senario global dunia dan umat Islam, bagaimana pengalaman dan tempoh masa berperanan menyuntik semangat idealisma perjuangan, pemantapan organisasi berwawasan, kepentingan usaha memasyarakatkan dakwah di kampus, keperluan mengoptimakan sumbangan mahasiswi, pencapaian baik dalam akademik sebagai salah satu asas kekuatan dakwah dan juga fokus aktivisma KARISMA bagi 2001-2006.

Insya-Allah, Ucapan Dasar tahun ini akan melihat kembali setakat mana pencapaian sasaran setahun yang lalu dalam merealisasikan pengukuhan idealisma perjuangan KARISMA. Saya juga akan berusaha untuk mewujudkan unsur continuity dalam ucapan ini dengan penyampaian terdahulu, dan saya akan mengutarakan unjuran hala tuju dan gerakerja KARISMA bagi setahun mendatang.

Saya akan menyentuh perkara-perkara di bawah dalam penyampaian ini:

1. Keadaan Global Umat Islam

2. Setahun Dalam Mengukuh Idealisma Perjuangan

3. KARISMA: Cabaran dan Peluang

4. Melonjak Aktivisma Pengislahan

5. Penutup

1. KEADAAN GLOBAL UMAT ISLAM

Saudara saudari perwakilan dan pemerhati yang dikasihi,

Begitu pantas masa berjalan, namun senario global umat Islam seakan tiada bezanya dari setahun yang lalu. Masyarakat dunia yang masih belum pulih dari kejutan peristiwa 11 September digemparkan pula dengan peristiwa pengeboman sebuah pusat peranginan di Bali. Peristiwa ini seakan memberi “lesen lebih besar”, kononnya atas dasar menangani global terrorism, kepada kerajaan Amerika Syarikat dan negara-negara sekutunya untuk memutuskan ketetapan tindakan tanpa mengambilkira isu kedaulatan sesebuah negara. Penduduk Iraq yang sekian lama menderita akibat tindakan sekatan ekonomi sejak tamatnya peperangan Teluk pada tahun 1991 sekali lagi diancam bahang peperangan hanya disebabkan oleh andaian akan wujudnya usaha penjanaan senjata nuklear. Kekuatan ketenteraan Amerika Syarikat dan sekutunya mulai ditingkatkan di kawasan Teluk Parsi dan Kuwait. Peranan Persatuan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) diperkecil-kecilkan dan tekanan antarabangsa akan usaha penyelesaian di meja perundingan seakan mencurah air ke daun keladi. Adakah ini disebabkan faktor Iraq dilihat sebagai satu-satunya negara Islam yang mampu menggugat Amerika Syarikat dan sekutu utamanya, Israel? Ataupun ada agenda tersendiri yang dipelopori?

Isu Palestin masih di takuk lama.  Dengan negara Islam sedunia masih lagi menjadi penonton kepada sandiwara ini, penduduk Palestin terus tabah berjuang mempertahankan kedaulatan tanahair tercinta. Alhamdulillah, usaha memboikot barangan keluaran Amerika Syarikat dan Yahudi, antaranya kempen “Buy American Last”, di kalangan masyarakat Islam dunia sejak beberapa tahun kebelakangan ini  mulai terasa kesannya. Usaha-usaha membangunkan produk-produk keluaran masyarakat Islam juga semakin meningkat. Pelancaran Mecca Cola, sejenis minum ringan alternatif kepada Coca Cola, oleh sebuah syarikat milik pengusaha Islam di Arab Saudi baru-baru ini memberi tamparan hebat kepada minuman jenama terkenal ini. Sambutan menggalakkan yang diterima bukan sahaja dibakari oleh sentimen penganiyaan persaudaraan oleh Yahudi dan sekutunya, malah rasanya yang enak. Kesan yang sama turut dirasai di Malaysia. Masakan tidak, hingga timbulnya usaha penafian dalam media massa utama negara tidak lama dulu yang usaha boikot ini memberi kesan ke atas perniagaan mereka.

Sungguhpun begitu, sebahagian besar masyarakat Islam negara kita masih lagi memenuhi meja makan restoran-restoran Kentucky Fried Chicken, Pizza Hut dan McDonald. Tidak kurang juga yang lazat menikmati minuman Coca Cola, Pepsi, F&N, 100 Plus, Mirinda, Milo dan Nescafe! Adakah ini disebabkan sikap ignorant ataupun ketidaksampaian maklumat kepada masyarakat? Ahli-ahli KARISMA seharusnya menjadi pemangkin kepada usaha-usaha memberi kesedaran akan isu-isu melibatkan ummah. Action talks louder than words! (Perlakuan memberi makna lebih besar dari kata-kata) Oleh itu, mulakan dengan diri kita sendiri! Program-program berkala untuk menyedarkan masyarakat kampus, khususnya, perlu disusun kerana dikhuatiri hati-hati ini akan akur dan menerima apa yang berlaku sebagai satu kebiasaan. Semangat jihad perlu kita terapkan sentiasa!

Saudara saudari KARISMA yang dihormati,

Pengumuman Malaysia adalah sebuah negara Islam oleh Perdana Menteri Malaysia, YAB Datuk Seri Dr. Mahathir Mohamad pada 25 September 2002 dan perlaksanaan pengajaran subjek Sains dan Mathematik menggunakan Bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantar merupakan peluang yang perlu ditangani dengan bijak oleh KARISMA dalam melonjakkan aktivisma pengislahan.

Perbincangan isu keadilan dalam poligami yang dipelopori oleh kelompok Muslim yang emosional, sepertimana isu perlaksanaan hukum hudud di Terengganu, dikhuatiri memberi tanggapan dan kefahaman yang tidak benar kepada Islam itu sebagai satu sistem cara hidup yang adil dan saksama.

Krisis kepimpinan tertinggi Kongress Kesatuan Perniagaan Malaysia (MTUC) yang melibatkan Senator Zainal Rampak dan Mohamad Shafiee B.P Mammal mewarnai kancah politik persatuan negara. Persoalan yang timbul, adakah pemimpin sebegini yang akan kita berikan tanggungjawab sedangkan sikap amanah tidak mendasari tindakannya?

Penggubalan undang-undang yang lebih ketat dalam menangani jenayah rogol merupakan satu usaha yang patut dipuji. Antara ciri-ciri undang-undang yang berkesan sepertimana yang ada pada sistem perundangan Islam ialah ianya memberi rasa kepuasan/pembelaan kepada mangsa, mampu membentuk perubahan dalam diri pesalah, dan juga berupaya menanamkan unsur takut dalam jiwa masyarakat untuk melakukan jenayah itu. Biarpun masyarakat Barat melabelkannya “barbaric”, sistem perundangan Islam telah dibuktikan keberkesanannya berbanding dengan sistem undang-undang sivil yang kononnya “civilised” dalam usaha mengekang kelakuan jenayah.

2. SETAHUN DALAM MENGUKUH IDEALISMA PERJUANGAN

Para perwakilan dan pemerhati yang dihormati,

Tahun 2002 menyaksikan usaha yang lebih tersusun di peringkat nasional ke arah pembinaan nilai dan budaya kerja berorganisasi KARISMA. Pendekatan utama yang diambil adalah untuk melahir dan mengukuhkan rasa kebersamaan (sense of belonging) di kalangan para aktivis dan ahli KARISMA di seluruh negara. Ini penting untuk memudahkan berlakunya perkongsian, penghayatan dan kefahaman menyeluruh akan nilai dan budaya kerja berorganisasi yang diingini. Perbincangan agenda dakwah melangkaui skop universiti masing-masing akan turut membantu memperluaskan ufuk berfikir dan gerak kerja dakwah aktivis KARISMA. Pastinya ini membantu mengukuhkan idealisma perjuangan dalam diri mahasiswa du’at.

Perlaksanaan strategi yang diambil untuk melahirkan rasa kebersamaan berorganisasi tertumpu kepada barisan pimpinan dan aktivis di setiap peringkat KARISMA.

Muzakarah Institut Pengajian Tinggi Nasional (MIN) 2002 , dengan tema “Kebersamaan Satu Keperluan”, merupakan usaha awal yang diambil di mana barisan pimpinan dan aktivis KARISMA Negeri dan IPT serata negara, buat kali pertamanya, dihimpun dalam satu majlis perundingan pada bulan Mei. Dua matlamat utama MIN 2002 ialah untuk mempertemukan pimpinan KARISMA Nasional dengan pimpinan KARISMA Negeri/Zon dan IPT secara bersemuka dan membincangkan secara menyeluruh akan nilai dan budaya kerja organisasi KARISMA.

Lanjutan dari MIN 2002 ini, satu siri lawatan kepimpinan KARISMA Nasional ke KARISMA Negeri dan IPT seluruh Semenanjung Malaysia telah diadakan pada bulan Julai dan Ogos. Pertemuan dan perbincangan dengan pimpinan KARISMA Negeri dan IPT beserta aktivis Pertubuhan Jamaah Islah Malaysia (JIM) di beberapa daerah memberikan input secara langsung akan penerimaan dan perlaksanaan wadah KARISMA di pelbagai tempat dan cabaran-cabaran yang dihadapi.

Pengalaman lawatan menunjukkan akan keterlibatan langsung aktivis JIM dalam aktivisma KARISMA setempat terutama di peringkat awal penubuhan organisasi. Menariknya, tahap keberkesanan perlaksanaan wadah KARISMA berkait rapat dengan setakat mana aktivis KARISMA dan JIM setempat memahami dan jelas akan peranan yang seharusnya mereka mainkan dalam merealisasi wawasan dan aspirasi KARISMA Nasional.

Lawatan ini juga berhasil mencetuskan usaha ke arah memahami nilai dan budaya kerja KARISMA di sebahagian tempat, berhasil melebarkan capaian aktivisma KARISMA ke institusi baru, dan menyumbang ke arah resurgence aktivisma KARISMA di beberapa institusi.

Kem Latihan Kepimpinan Nasional (KELANA) yang diadakan dalam bulan November, merupakan sebahagian dari perancangan pemantapan budaya kerja KARISMA, sekali lagi menghimpunkan para aktivis KARISMA IPT di serata negara. Ianya adalah satu program berbentuk latihan kepimpinan dan bertujuan untuk melatih bakal-bakal kepimpinan bagi setiap peringkat organanisasi KARISMA.

Kemuncak kepada usaha ini ialah pengumpulan para aktivis dan ahli KARISMA di dalam Perhimpunan KARISMA Nasional ke 3 pada hari ini. Insya-Allah, pertemuan dan perbincangan yang berlaku akan terus memantapkan rasa kebersamaan dan pertautan ukhuwwah. Harapan saya agar pertukaran idea dan perbincangan aktif akan membantu setiap dari kita memahami dan mempraktikkan nilai-nilai dan budaya kerja berorganisasi KARISMA.

Saudara saudari perwakilan dan pemerhati,

Perbincangan awal topik ini menyentuh akan gerakerja di peringkat KARISMA Nasional. Ingin saya tekankan juga akan peranan penting organisasi KARISMA IPT dalam melahirkan rasa kebersamaan dan pembentukan budaya kerja KARISMA. Organisasi KARISMA IPT merupakan peneraju utama dalam membina kelompok soleh wa musleh bermula dengan pengumpulan dan penyerapan ahli baru ke dalam sistem pentarbiahan KARISMA. Ilmu dan amal menjadi asas penerapan nilai dan budaya kerja KARISMA. Justeru itu, perlaksanaan sistem pentarbiahan yang berkesan adalah faktor terpenting.

Alhamdulillah, dengan izin Allah s.w.t, usaha-usaha awal ke arah melahir dan mengukuhkan rasa kebersamaan di kalangan para aktivis dan ahli KARISMA mula membuahkan hasil. Satu kayu pengukur mudah yang digunakan dalam menilai kejayaan ialah peningkatan bilangan kehadiran aktivis dalam program nasional dan setempat. Saya juga percaya para aktivis dan ahli KARISMA sentiasa menanti-nanti penganjuran program nasional KARISMA supaya dapat bertemu antara satu sama lain. Firman Allah dalam surah Asy-Syura, ayat 23:

“Katakanlah: Tiada saya meminta gaji (upah) atas seruan saya ini, selain untuk berkasih sayang dalam perkariban.”

3. KARISMA dan Cabaran

Saudara-saudari KARISMA yang dirahmati Allah,

Dalam usaha KARISMA untuk menjadi sebuah gerakan mahasiswa konteporari yang menjana perubahan ke arah tertegaknya syariat Islam sepenuhnya di Malaysia menjelang tahun 2020, setiap cabaran dan peluang mendatang mestilah ditangani dengan bijak dan strategik.

Dalam konteks pengislahan di IPT, saya melihat 11 cabaran yang perlu dibincang dan dicarikan jalan melaksanakannya dengan baik.

1.       Cabaran Pembentukan Organisasi Yang Tersusun Di Semua Peringkat

2.       Cabaran Penyediaan Tenaga Penggerak Pengislahan

3.       Cabaran Perlaksanaan Kualiti Pentarbiahan Dalam Tempoh Pengajian Yang Terhad

4.       Cabaran Perlaksanaan Usaha Dakwah Berkesan

5.       Cabaran Penjanaan Dana Terancang Dan Berterusan

6.       Cabaran Penjanaan Generasi Pelapis Yang Tersusun

7.       Cabaran Jaringan Informasi Yang Kukuh Antara Semua Peringkat

8.       Cabaran Perlonjakan Aktivisme Mahasiswi

9.       Cabaran Pembangunan Potensi Akademik Ahli Yang Baik

10.   Cabaran Pengukuhan KARISMA Dalam Agenda Pengislahan Kampus

11.   Cabaran Penerusan Penglibatan Dalam Proses Pengislahan Selepas IPT

Cabaran merupakan fitrah perjuangan. Dengan realiti semasa yang berbeza dari satu IPT ke IPT yang lain, pendekatan syura seharusnya diambil dalam memutuskan jalan penyelesaian terbaik bagi setiap cabaran. Perkongsian maklumat akan turut memperkayakan perbincangan.

Saudara saudari KARISMA yang dikasihi,

Pertumbuhan pesat institut pengajian tinggi terutamanya milikan swasta (IPTS) seharusnya digunakan sebaik mungkin bagi melonjakkan aktivisme pengislahan. Peraturan institusi IPTS yang agak liberal mengurangkan kekangan-kekangan yang dihadapi di institusi pengajian tinggi awam seperti Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) dan campur tangan secara langsung dari pentadbiran institusi, seharusnya juga menjadi faktor pendorong ke arah usaha ini.

Seperkara lagi, gerakan persatuan pelajar di IPTA sudah mencapai satu tahap kematangan yang tinggi berbanding dengan di IPTS. Justeru itu, masih banyak ruang-ruang yang boleh dipelopori dalam menggerakkan agenda pengislahan di IPTS. Saya menyeru agar kepimpinan KARISMA di setiap peringkat mengamalkan sikap proaktif dan kreatif dalam mencari dan membuka peluang baru menggerakkan proses pengislahan di tempat masing-masing. Antara contoh yang boleh dikongsi ialah  pendekatan RNR (Redah & Rempuh) oleh aktivis KARISMA Zon 1.

Perlaksanaan sistem meritokrasi dalam pemilihan pelajar ke IPTA mengakibatkan perubahan populasi masyarakat kampus. Peningkatan peratusan pelajar bukan Bumiputera di institusi-institusi ini, dalam kerisauan kita akan isu ini, seharusnya diambil sebagai satu peluang perluasan medan dakwah KARISMA. Usahama awal boleh dijalankan dengan organisasi JIM setempat dalam merangka gerak kerja perlaksanaan dakwah masyarakat majmuk.

 

<!– /* Font Definitions */ @font-face {font-family:Wingdings; panose-1:5 0 0 0 0 0 0 0 0 0; mso-font-charset:2; mso-generic-font-family:auto; mso-font-pitch:variable; mso-font-signature:0 268435456 0 0 -2147483648 0;} @font-face {font-family:”Book Antiqua”; panose-1:2 4 6 2 5 3 5 3 3 4; mso-font-charset:0; mso-generic-font-family:roman; mso-font-pitch:variable; mso-font-signature:647 0 0 0 159 0;} /* Style Definitions */ p.MsoNormal, li.MsoNormal, div.MsoNormal {mso-style-parent:””; margin:0in; margin-bottom:.0001pt; mso-pagination:widow-orphan; font-size:12.0pt; font-family:”Times New Roman”; mso-fareast-font-family:”Times New Roman”;} pre {margin:0in; margin-bottom:.0001pt; mso-pagination:widow-orphan; font-size:12.0pt; font-family:”Courier New”; mso-fareast-font-family:”Times New Roman”; color:#202020;} tt {mso-ansi-font-size:12.0pt; mso-bidi-font-size:12.0pt; font-family:”Courier New”; mso-ascii-font-family:”Courier New”; mso-fareast-font-family:”Times New Roman”; mso-hansi-font-family:”Courier New”; mso-bidi-font-family:”Courier New”; color:black;} p.BodyText1, li.BodyText1, div.BodyText1 {mso-style-name:”Body Text1″; margin-top:0in; margin-right:0in; margin-bottom:3.75pt; margin-left:0in; mso-pagination:widow-orphan; border:none; mso-border-alt:solid #7B9EBD .75pt; padding:0in; mso-padding-alt:0in 0in 0in 0in; font-size:12.0pt; font-family:”Times New Roman”; mso-fareast-font-family:”Times New Roman”;} @page Section1 {size:8.5in 11.0in; margin:1.0in 1.25in 1.0in 1.25in; mso-header-margin:.5in; mso-footer-margin:.5in; mso-paper-source:0;} div.Section1 {page:Section1;} /* List Definitions */ @list l0 {mso-list-id:1958830037; mso-list-type:hybrid; mso-list-template-ids:1990369260 67698689 67698691 67698693 67698689 67698691 67698693 67698689 67698691 67698693;} @list l0:level1 {mso-level-number-format:bullet; mso-level-text:; mso-level-tab-stop:.5in; mso-level-number-position:left; text-indent:-.25in; font-family:Symbol;} ol {margin-bottom:0in;} ul {margin-bottom:0in;} –>
/* Style Definitions */
table.MsoNormalTable
{mso-style-name:”Table Normal”;
mso-tstyle-rowband-size:0;
mso-tstyle-colband-size:0;
mso-style-noshow:yes;
mso-style-parent:””;
mso-padding-alt:0in 5.4pt 0in 5.4pt;
mso-para-margin:0in;
mso-para-margin-bottom:.0001pt;
mso-pagination:widow-orphan;
font-size:10.0pt;
font-family:”Times New Roman”;
mso-ansi-language:#0400;
mso-fareast-language:#0400;
mso-bidi-language:#0400;}

4. MELONJAK AKTIVISME PENGISLAHAN

 
Saudara saudari KARISMA yang dihormati,
               Dalam usia KARISMA hampir mencecah 4 tahun, saya berpandangan sudah sampai masanya KARISMA keluar daripada kepompongnya sendiri dan memasuki medan pengislahan dunia luar. Kita harus keluar daripada sekadar berlegar membincangkan isu dalaman organisasi  kepada melihat dan menilai semula peranan yang telah kita mainkan dalam masyarakat sama ada di kampus mahupun di luar.
               Saya yakin dengan pengalaman yang ada, transformasi ini akan dapat dilaksanakan dengan baik. Saya juga menyerukan para aktivis dan ahli KARISMA untuk sama-sama menghidupkan amalan perkongsian maklumat dan pengalaman, dan amalan musyawara antara kita semua dalam mengharungi fasa ini.
 
               Untuk menuju ke arah Melonjakkan Aktivisme Pengislahan, langkah-langkah berikut dituntut dari para aktivis dan ahli KARISMA.
Di peringkat individu, sama-samalah kita :
 
·         berusaha meningkatkan amal ibadat dan rasa kebergantungan kepada Allah s.w.t;
·         mengamalkan akhlak seorang da’ie;
·         tidak leka dengan suasana selesa dan berpuas hati dengan usaha yang sedia ada;
·         bersikap lebih anjal dan terbuka dalam cara bekerja - melakukan perubahan wajar apabila suasana serta keadaan menuntut perubahan;
·         berdikari dan tidak terlalu bergantung kepada sistem yang ada;
·         bersikap proaktif dalam melaksanakan amal organisasi, bukannya bersikap hanya tunggu dan lihat serta menunggu arahan semata.

· membudayakan perkongsian maklumat

·         membantu mewujudkan budaya positif yang utamanya adalah menyuburkan amalan muzakarah dan musyawarah serta perkongsian wawasan, misi dan tanggungjawab di atas landasan ukhuwwah.
·         membantu ke arah memberi rangsangan, penghargaan serta motivasi sesama sendiri demi membudayakan pemikiran dan sikap positif dalam organisasi.

· meningkatkan interaksi dan komunikasi dengan seluas mungkin individu dan kumpulan dalam persekitaran harian kita.

· membantu dalam menambah jaringan hubungan KARISMA dalam masyarakat.

Di peringkat ORGANISASI, sama-samalah kita :
 
> mengadakan program bersama masyarakat umum
 
      Dengan usaha-usaha pemantapan dalaman organisasi berjalan selari, KARISMA harus mengorak langkah untuk berada di tengah-tengah masyarakat memberikan perkhidmatan melalui program KARISMA sendiri mahupun usahasama dengan pelbagai pihak. Dengan cara ini juga masyarakat akan tampak jelas peranan mahasiswa dan sumbangannya kepada masyarakat. 
 
> berusaha mewujudkan platform berdaftar di IPT
               
      Para aktivis dan ahli KARISMA perlu berusaha dengan bersungguh-sungguh untuk mewujudkan platform (wadah) berdaftar di setiap IPT, sama ada di bawah pentadbiran Hal Ehwal Pelajar atau pengurusan kolej kediaman pelajar, sebagai medan rasmi yang boleh memacu kelajuan aktivisme pengislahan kita. Melalui platform IPT ini, KARISMA IPT harus membina organisasi yang tersusun dan terkawal agar dapat mengetengahkan program-program pengislahan KARISMA kepada masyarakat kampus dalam ketetapan peraturan institusi berkenaan.
 
      Penonjolan ketokohan kepimpinan aktivis dan ahli KARISMA yang berlaku akan memberi kesan positif kepada imej organisasi KARISMA dalam usaha menempatkan KARISMA dalam arus pengislahan kampus.
 
      Kewujudan platform IPT juga dapat membuka ruang dan peluang kerjasama dengan Majlis Mahasiswa Universiti dalam membawa isu-isu yang lebih global dan sesuai dengan arus semasa negara.  
 
> mengoptimumkan sumbangan aktivis JIM dalam melonjakkan aktivisme.
               
      KARISMA ditubuhkan agar usaha pengislahan masyarakat kampus diterajui dan didokong oleh mahasiswa sendiri.  KARISMA bebas mencorakkan bentuk dan gerak kerja tersendiri. Namun, jangkamasa kebanyakan aktivis KARISMA yang agak singkat di dalam tarbiah dan jalan dakwah menjadi limitasi dalam melonjakkan aktivisme KARISMA. Di sinilah peranan yang boleh ditampung dan dimainkan oleh aktivis JIM. Kepakaran dan pengalaman aktivis JIM merupakan peluang yang patut dioptimumkan dalam penjanaan barisan aktivis KARISMA yang mantap sepertimana di dalam program Kem Latihan Kepimpinan Nasional (KELANA) yang lalu.
 
      Dalam usaha untuk melonjakkan aktivismenya, organisasi KARISMA IPT dan Negeri/Zon perlu memulakan hubungan dan perbincangan dengan JIM Daerah akan peranan yang boleh dimainkan dari aspek perlaksanaan tarbiyyah, terutama perlaksanaan tarbiyyah aktivis KARISMA, penasihatan dan pemantauan. 
 
      Mana-mana IPT yang kedapatan ahli KARISMA tetapi tiada organisasi, inilah masanya untuk tenaga JIM setempat digerakkan ke arah penubuhan satu organisasi KARISMA IPT. Penubuhan KARISMA PJ, Shah Alam, dan Gombak melalui proses ini. Saya yakin akan lebih banyak KARISMA IPT yang akan ditubuhkan melalui usahasama aktivis KARISMA dan JIM dalam masa terdekat.
               
      Pihak JIM-IPT juga telah memulakan satu gerak kerja terancang dalam usaha membangunkan kepemimpinan KARISMA di mana usaha-usaha melatih kepimpinan KARISMA secara berterusan bermula di peringkat matrikulasi lagi hingga ke IPT. Usaha ini melibatkan dua kelompok sasaran berlainan, iaitu program K-100 (Kepimpinan 100 orang) dan program P-200 (Pelapis 200 orang). Insya-Allah, program ini akan melahirkan aktivis-aktivis KARISMA secara berterusan dalam usaha merealisasikan visi dan misi KARISMA kelak. Perlaksanaan kedua-dua program ini memerlukan penglibatan yang bersepadu dalam seluruh organisasi JIM dan institusi-institsui yang ditubuhkan oleh JIM termasuk KARISMA. Justeru itu, organisasi KARISMA di setiap peringkat harus bersedia untuk memulakan penyusunan gerak kerja ke arah K-100 dan P-200. Program ini telah dimulakan di KARISMA Zon 1 yang mana akan dijadikan contoh model perlaksanaan kelak.
 
> menggerakkan usaha ke arah penubuhan struktur KARISMA Negeri.
 
            Usaha ini perlu dimulakan berdasarkan pengalaman lawatan kepimpinan KARISMA Nasional yang lalu. Antara sebabnya ialah:
 
                                       i.      membuka ruangan yang lebih luas bagi aktivis dan ahli KARISMA di kawasan terbabit ke arah perkongsian tarbiah, pengalaman dakwah dan budaya berorganisasi.
 
                                     ii.      dapat mewujudkan sistem sokongan dalam melonjakkan aktivisme pengislahan berdasarkan konsep perkongsian aktiviti antara KARISMA IPT yang aktif dan terkedepan dengan IPT yang kurang aktif.
 
            Dengan ini, setiap KARISMA IPT perlu memikirkan kaedah dan jangkamasa yang bersesuaian untuk merealisasikan penubuhan struktur KARISMA Negeri dalam tempoh dua tahun kehadapan. Harapan kita untuk melihat akan kehadiran perwakilan KARISMA Negeri semasa PKN 2005 kelak, insya-Allah.
 
>  berusaha ke arah penubuhan Unit Mahasiswi
               
      Golongan mahasiswi mempunyai peranan yang sama pentingnya dalam melaksanakan usaha amar ma’aruf nahi mungkar. Justeru itu, lahirlah keperluan akan wujudnya satu struktur kepimpinan siswi yang khusus dan teratur bagi menerajui sendiri aktivisme kelompoknya di dalam organisasi KARISMA. Sokongan padu dari setiap aktivis dan ahli KARISMA adalah penting dalam merealisasikan satu lagi relung dalam aktivisma KARISMA.
 
> berusaha mendaftarkan KARISMA sebagai satu entiti pelajar peringkat kebangsaan. 

5. PENUTUP

Saudara saudari KARISMA yang dihormati,

Akhir kalam, dalam keghairahan kita menangani cabaran dan peluang dalam usaha Melonjakkan Aktivisme Pengislahan, saya ingin mengingatkan kepimpinan KARISMA di setiap peringkat akan pentingnya praktik pemfokusan gerak kerja, pengurusan strategi yang bijak, dan juga keperluan mengambilkira tahap kemampuan ahli dan organisasi masing-masing. Pastinya kita tidak mahu apa yang dikejar tidak dapat, yang dikendong berciciran. Firman Allah swt:

“Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya. Ia mendapat pahala (dari kebajikan) yang diusahakannya dan ia mendapat siksa (dari kejahatan) yang dikerjakannya. (Mereka berdoa): “Ya Tuhan kami, janganlah Engkau hukum kami jika kami lupa atau kami tersalah. Ya Tuhan kami, janganlah Engkau bebankan kepada kami beban yang berat sebagaimana Engkau bebankan kepada orang-orang yang sebelum kami. Ya Tuhan kami, janganlah Engkau pikulkan kepada kami apa yang kami tidak sanggup memikulnya. Beri maaflah kami; ampunilah kami; dan rahmatilah kami. Engkaulah Penolong kami, maka tolonglah kami terhadap kaum yang kafir.”

(Al-Baqarah: 284-286)

Barisan kepimpinan KARISMA Nasional yang baru beserta barisan kepimpinan KARISMA Negeri/Zon dan IPT adalah rangkaian barisan pimpinan yang akan memikul amanah melaksanakan usaha Perlonjakan Aktivisme Pengislahan KARISMA bagi sesi 2003-2005. Di atas amanah inilah setiap kepimpinan perlu menyedari bahawa tanggungjawab menjadikan aktivisme KARISMA cemerlang adalah terletak di atas bahu kita semua. Tanggungjawab ini menuntut agar kita semua berusaha memantapkan saf dan meningkatkan amal.

Sudah banyak yang saya ucapkan. Sekarang masa untuk bertindak. Sekalung penghargaan kepada kepimpinan KARISMA Nasional 2001-2003 atas perkongsian idea dalam menghasilkan Ucapan Dasar ini.

“Melonjak Aktivisme Pengislahan”

Selamat Bersidang.

Wassalamualaikum warahmatullah.

Aidiahmad Dewa

Presiden KARISMA Nasional sesi 2001-2003

4.       MELONJAK AKTIVISME PENGISLAHAN
 
Saudara saudari KARISMA yang dihormati,
               Dalam usia KARISMA hampir mencecah 4 tahun, saya berpandangan sudah sampai masanya KARISMA keluar daripada kepompongnya sendiri dan memasuki medan pengislahan dunia luar. Kita harus keluar daripada sekadar berlegar membincangkan isu dalaman organisasi  kepada melihat dan menilai semula peranan yang telah kita mainkan dalam masyarakat sama ada di kampus mahupun di luar.
               Saya yakin dengan pengalaman yang ada, transformasi ini akan dapat dilaksanakan dengan baik. Saya juga menyerukan para aktivis dan ahli KARISMA untuk sama-sama menghidupkan amalan perkongsian maklumat dan pengalaman, dan amalan musyawara antara kita semua dalam mengharungi fasa ini.
 
               Untuk menuju ke arah Melonjakkan Aktivisme Pengislahan, langkah-langkah berikut dituntut dari para aktivis dan ahli KARISMA.
Di peringkat individu, sama-samalah kita :
 
·         berusaha meningkatkan amal ibadat dan rasa kebergantungan kepada Allah s.w.t;
·         mengamalkan akhlak seorang da’ie;
·         tidak leka dengan suasana selesa dan berpuas hati dengan usaha yang sedia ada;
·         bersikap lebih anjal dan terbuka dalam cara bekerja - melakukan perubahan wajar apabila suasana serta keadaan menuntut perubahan;
·         berdikari dan tidak terlalu bergantung kepada sistem yang ada;
·         bersikap proaktif dalam melaksanakan amal organisasi, bukannya bersikap hanya tunggu dan lihat serta menunggu arahan semata.

· membudayakan perkongsian maklumat

·         membantu mewujudkan budaya positif yang utamanya adalah menyuburkan amalan muzakarah dan musyawarah serta perkongsian wawasan, misi dan tanggungjawab di atas landasan ukhuwwah.
·         membantu ke arah memberi rangsangan, penghargaan serta motivasi sesama sendiri demi membudayakan pemikiran dan sikap positif dalam organisasi.

· meningkatkan interaksi dan komunikasi dengan seluas mungkin individu dan kumpulan dalam persekitaran harian kita.

· membantu dalam menambah jaringan hubungan KARISMA dalam masyarakat.

Di peringkat ORGANISASI, sama-samalah kita :
 
> mengadakan program bersama masyarakat umum
 
      Dengan usaha-usaha pemantapan dalaman organisasi berjalan selari, KARISMA harus mengorak langkah untuk berada di tengah-tengah masyarakat memberikan perkhidmatan melalui program KARISMA sendiri mahupun usahasama dengan pelbagai pihak. Dengan cara ini juga masyarakat akan tampak jelas peranan mahasiswa dan sumbangannya kepada masyarakat. 
 
> berusaha mewujudkan platform berdaftar di IPT
               
      Para aktivis dan ahli KARISMA perlu berusaha dengan bersungguh-sungguh untuk mewujudkan platform (wadah) berdaftar di setiap IPT, sama ada di bawah pentadbiran Hal Ehwal Pelajar atau pengurusan kolej kediaman pelajar, sebagai medan rasmi yang boleh memacu kelajuan aktivisme pengislahan kita. Melalui platform IPT ini, KARISMA IPT harus membina organisasi yang tersusun dan terkawal agar dapat mengetengahkan program-program pengislahan KARISMA kepada masyarakat kampus dalam ketetapan peraturan institusi berkenaan.
 
      Penonjolan ketokohan kepimpinan aktivis dan ahli KARISMA yang berlaku akan memberi kesan positif kepada imej organisasi KARISMA dalam usaha menempatkan KARISMA dalam arus pengislahan kampus.
 
      Kewujudan platform IPT juga dapat membuka ruang dan peluang kerjasama dengan Majlis Mahasiswa Universiti dalam membawa isu-isu yang lebih global dan sesuai dengan arus semasa negara.  
 
> mengoptimumkan sumbangan aktivis JIM dalam melonjakkan aktivisme.
               
      KARISMA ditubuhkan agar usaha pengislahan masyarakat kampus diterajui dan didokong oleh mahasiswa sendiri.  KARISMA bebas mencorakkan bentuk dan gerak kerja tersendiri. Namun, jangkamasa kebanyakan aktivis KARISMA yang agak singkat di dalam tarbiah dan jalan dakwah menjadi limitasi dalam melonjakkan aktivisme KARISMA. Di sinilah peranan yang boleh ditampung dan dimainkan oleh aktivis JIM. Kepakaran dan pengalaman aktivis JIM merupakan peluang yang patut dioptimumkan dalam penjanaan barisan aktivis KARISMA yang mantap sepertimana di dalam program Kem Latihan Kepimpinan Nasional (KELANA) yang lalu.
 
      Dalam usaha untuk melonjakkan aktivismenya, organisasi KARISMA IPT dan Negeri/Zon perlu memulakan hubungan dan perbincangan dengan JIM Daerah akan peranan yang boleh dimainkan dari aspek perlaksanaan tarbiyyah, terutama perlaksanaan tarbiyyah aktivis KARISMA, penasihatan dan pemantauan. 
 
      Mana-mana IPT yang kedapatan ahli KARISMA tetapi tiada organisasi, inilah masanya untuk tenaga JIM setempat digerakkan ke arah penubuhan satu organisasi KARISMA IPT. Penubuhan KARISMA PJ, Shah Alam, dan Gombak melalui proses ini. Saya yakin akan lebih banyak KARISMA IPT yang akan ditubuhkan melalui usahasama aktivis KARISMA dan JIM dalam masa terdekat.
               
      Pihak JIM-IPT juga telah memulakan satu gerak kerja terancang dalam usaha membangunkan kepemimpinan KARISMA di mana usaha-usaha melatih kepimpinan KARISMA secara berterusan bermula di peringkat matrikulasi lagi hingga ke IPT. Usaha ini melibatkan dua kelompok sasaran berlainan, iaitu program K-100 (Kepimpinan 100 orang) dan program P-200 (Pelapis 200 orang). Insya-Allah, program ini akan melahirkan aktivis-aktivis KARISMA secara berterusan dalam usaha merealisasikan visi dan misi KARISMA kelak. Perlaksanaan kedua-dua program ini memerlukan penglibatan yang bersepadu dalam seluruh organisasi JIM dan institusi-institsui yang ditubuhkan oleh JIM termasuk KARISMA. Justeru itu, organisasi KARISMA di setiap peringkat harus bersedia untuk memulakan penyusunan gerak kerja ke arah K-100 dan P-200. Program ini telah dimulakan di KARISMA Zon 1 yang mana akan dijadikan contoh model perlaksanaan kelak.
 
> menggerakkan usaha ke arah penubuhan struktur KARISMA Negeri.
 
            Usaha ini perlu dimulakan berdasarkan pengalaman lawatan kepimpinan KARISMA Nasional yang lalu. Antara sebabnya ialah:
 
                                       i.      membuka ruangan yang lebih luas bagi aktivis dan ahli KARISMA di kawasan terbabit ke arah perkongsian tarbiah, pengalaman dakwah dan budaya berorganisasi.
 
                                     ii.      dapat mewujudkan sistem sokongan dalam melonjakkan aktivisme pengislahan berdasarkan konsep perkongsian aktiviti antara KARISMA IPT yang aktif dan terkedepan dengan IPT yang kurang aktif.
 
            Dengan ini, setiap KARISMA IPT perlu memikirkan kaedah dan jangkamasa yang bersesuaian untuk merealisasikan penubuhan struktur KARISMA Negeri dalam tempoh dua tahun kehadapan. Harapan kita untuk melihat akan kehadiran perwakilan KARISMA Negeri semasa PKN 2005 kelak, insya-Allah.
 
>  berusaha ke arah penubuhan Unit Mahasiswi
               
      Golongan mahasiswi mempunyai peranan yang sama pentingnya dalam melaksanakan usaha amar ma’aruf nahi mungkar. Justeru itu, lahirlah keperluan akan wujudnya satu struktur kepimpinan siswi yang khusus dan teratur bagi menerajui sendiri aktivisme kelompoknya di dalam organisasi KARISMA. Sokongan padu dari setiap aktivis dan ahli KARISMA adalah penting dalam merealisasikan satu lagi relung dalam aktivisma KARISMA.
 
> berusaha mendaftarkan KARISMA sebagai satu entiti pelajar peringkat kebangsaan. 
Advertisements
  1. No comments yet.
  1. No trackbacks yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: